Tiba-tiba dapat hidayah!


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum.

Allah bagi hidayah nak post something sebab Allah tunjukkan something yang cukup nak gerakkan hati ini. Kadang-kadang, benda yang sangat direct contohnya macam ceramah agama kat masjid tu, susah kita nak terima masuk dalam hati tentang apa yang disampaikan. Padahal dah terang tang tang cakap pasal hakikat manusia dan agama, ibadah dan syariat. Tapi nak buat macam mana, kalau hati ada titik hitam aisy hidayah ke ilmu ke macam susah sangat nak masuk hati dan otak.

 

Okay, berbalik pada kisah tadi.

Saya ada kelas Islamic Accounting at 8am (supposed to be) tapi prof selalu datang past 8.30 am *sigh*. As a typical Haziqah Aini, I felt like I wasn’t comfortable with the way I wear my shawl so I decided to go to surau fakulti and betulkan pape yang patut.

Here, the “hidayah” went into my heart eceh.

As I got into surau, I saw some people solat Dhuha and I was like, “bagusnya orang yang solat ni”. I was hesitating whether to pray along or not. Sebab tempat wuduk kat luar dan kena menempuh orang-orang yang baru sampai fakulti so rasa macam em tanak lah solat. Tapi tetiba rasa macam rugi tapi I still tanak ambik wuduk (mohon doa saya lembut hati lain kali). But then I tried to remember whether I’d fart after solat subuh because if not, why don’t I just use my wuduk before for dhuha. Because I wasn’t sure (but I think I don’t haha) so I prayed. Lets pray for haziqah so that next time she will make sure to have an ablution before going to class.

There was a woman ( I wasn’t sure whether shes a lecturer or not) praying dhuha and then reading al-Quran. Lepas saya solat, saya perhati je this woman dari jauh (not being so obvious) dan dia tengah betulkan telekung-telekung , susun cantik-cantik walaupun dia obviously not a cleaner. Lepas tu dia tutup suis lampu dan bukak tirai tingkap yang macam kat pejabat tu. Sebab masa tu saya dah habis doa segala bagai so saya tolonglah dia sekali. Masa saya nak gantung telekung, saya perasan dia kutip sampah-sampah dalam surau tu sekali. Nak tekankan balik semula, SHES NOT A CLEANER. Lepas saya pakai balik tudung and blablabla (masa tu dia dah keluar), saya keluar nak masuk kelas and I saw her talking to a lecturer and I was like “ohhh dia pun lecturer jugak ke”. Sorry lah saya memang kenal semua lecturer pun . 

Okay habis kat situ, saya naik tangga nak masuk kelas ni. On my way, saya jumpa an elder jugak hahaa (this time pun tak sure gak whether shes a lecture or an ACIS officer). Saya macam tundukkan kepala sikit tanda hormat tapi lain pulak jadinya. DIA BAGI SALAM! okay la saya jawab la salam tapi lepas tu I was thinking, kenapa kita selalunya tunduk hormat and say hi instead of giving salaam yang dah pasti dapat pahala. Padahal kita semua dah tahu salam ni satu doa dan salah satu cara seorang Islam tapi sayangnya kita sebagai Islam tak praktikkan. What a waste!

 

So ibrah for today are:-

·         Jom solat dhuha! Solat dhuha penarik rezeki tahu!

·         Kita boleh buat kebaikan di mana-mana. Bila kita senangkan urusan orang lain, inshaAllah Allah akan senangkan urusan kita pulak.

·         Marilah memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.

 

Semoga kita mendapat redha Allah dan terus mendapat hidayah dalan jalan untuk menuju ke syurga, inshaAllah J

 

Till the next post, wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Sarjana Muda Muamalat Kepujian

Expectation

Study overseas?