Resipi Tomyam paling SENANG DALAM DUNIA
Assalamualaikum :)
1#resipiuntukorangtakpandaimasak
Setakat aku hidup ni menggoogle resipi ni, tak pernah lagi aku jumpa resipi tomyam yang lagi
senang daripada cara mak aku masak.
Jadi kepada sesiapa yang tak pandai masak tu, lepas baca resipi ni mesti pandai punyalah masak tomyam >.<
ambik ni....
ni serving untuk satu family, lebih kurang 5-7 orang.
Bahan-bahan
1#resipiuntukorangtakpandaimasak
Setakat aku hidup ni menggoogle resipi ni, tak pernah lagi aku jumpa resipi tomyam yang lagi
senang daripada cara mak aku masak.
Jadi kepada sesiapa yang tak pandai masak tu, lepas baca resipi ni mesti pandai punyalah masak tomyam >.<
ambik ni....
ni serving untuk satu family, lebih kurang 5-7 orang.
Bahan-bahan
- ayam potong dadu secukupnya (boleh je ganti dengan udang, sotong )
- 2 kiub tomyam ( tak kisah la knorr ke, maggi ke )
- sebiji tomato potong 4
- sebiji bawang besar, bawang holland lagi bagus (taktau bawang holland, pergi google sendiri)
- sayur seperti kobis, carrot, jagung ( pilihan )
- serai 2 ulas ( aku tak letak hehehe )
- 2 helai daun limau
- cili 5 biji ( kalau nak pedas, potong cili tu )
- garam secukup rasa
Okay, seterusnya....
Cara-cara
- masukkan air 1 liter atau lebih kurang separuh periuk besar
- masukkan semua ayam, dua kiub tomyam, bawang dan reneh sampai menggelegak
- masukkan sayur yang keras supaya dia lembut, tunggu beberapa minit
- masukkan tomato, daun limau, cili dan kobis, tunggu sampai menggelegak
- masukkan garam secukup rasa. ( p/s : kalau awak tak reti masak, jangan main taram letak garam banyak2, letak sikit2 sampai cukup rasa )
- kalau rasa dah okay, sayur pun dah lembut, dah siap la tu
senang kan ?
jom makan :)
Comments
Post a Comment