Bukan senang nak jadi baik.
Bismillahirrahmanirrahim .
Pernah tak
kita terasa yang kita ni baik ? So, macam mana korang define baik ? Kenapa
korang kata korang baik ? Bukan senang nak jadi baik . Is it true ? Sebenarnya kita sendiri
yang define macam mana baik untuk kita fahami. There're so much people that
have a thought : orang yang solat , pakai tudung tu baik .
Okeh , nampak skema betul ! Tapi takpelah , ikuti skema Allah dan
Rasulullah :)
Saya sebenarnya baru terfikir pasal benda ni lepas baca novel
Hlovate , Versus .
For those yang dah baca mungkin
akan sedar yang saya banyak mencedok idea daripada novel tersebut . Tapi itulah
juga yang saya nak sampaikan . Entah untuk kali yang ke berapa saya baca novel
tersebut , baru saya berfikir dengan sebetul-betulnya . For me, orang yang dah
ikut apa yang disuruh pun dah dikira baik. Tapi siapa yang betul-betul sedar bahawa
definisi BAIK pada manusia dan pada Allah itu berbeza ?
Dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud : Wahai orang-orang
beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu
mengikuti syaitan (musuh yang nyata ) .
Nampak ? Allah perintahkan kita untuk masuk Islam keseluruhannya .
Bukan hanya Islam pada nama. It's about ke dalam Islam SELURUHNYA . Dan itu
dikira BAIK . I'm not writing this to show that I'm good enough atau saya dah
cukup BAIK . Kalau itu yang awak / kamu / anda fikir , salah *geleng kepala* .
Ok , saya bukan Ed'Sassin yang hidup dengan skate dan deck . Saya
bukan juga AO of Bronx yang main basket dan skate juga . Saya hanya saya yang
mama dan ayah dah didik untuk solat sejak saya kecil , mungkin ketika saya 6
tahun ? . Mama dan ayah saya juga telah MEWAJIBKAN saya bertudung sepenuhnya
ketika saya darjah 4 . Saya juga sudah khatam al-Quran ketika saya darjah satu
. Jadi ayah dan mama saya tak salah dalam mendidik saya .
Tapi salahnya pada saya sendiri . Secara basicnya , semua sudah
ada pada saya . Saya hanya perlu teruskan sahaja . tapi itulah salahnya !
Mama ayah ajar solat awal . Kecik lagi .
Tapi bila dah besar , solat lewat .
Mama ayah ajar pakai tudung awal . Baru darjah 4.
tapi dah besar , pakai tudung ala kadar je . Labuh pun tak
mencukupi .
Mama ayah ajar baca al-Quran awal . Kecik lagi .
Tapi bila dah besar baca al-Quran tu ikut rasa je . Langsung tak
Istiqamah .
Kat sekolah baca al-Mulk hari-hari . Tapi kat rumah , apa pun
tidak . Mungkin baca doa tidur pun tak .
Nampak tak norma kehidupan masyarakat kita .
Pernah dahulu ( kalau tak silap masa saya form 2 )
ada seorang kakak senior tamya kat kami ahli dorm .
" siapa kat rumah baca al-Mulk setiap malam ? "
Masa tu mungkin saya okey lagi jadi saya memang baca even kat
rumah pun . Jadi saya angguk je lah . Dan agaknya apa yang akak tu cakap ? Ye,
dia cakap , " baiknyaa " .
Dan bila saya dah semakin besar, saya tak baca al-Mulk di rumah .
Adakah saya sudah jahat ?
Jangan salah faham dengan ayat saya . Bukan bermakna bila sudah
besar tak payah baca al-Mulk. Cuma saya sudah semakin lalai .
Iman boleh bertambah dan menurun .
Iman can increase until it reaches the highest part of seventh
heaven ,
and it decreases until it reaches the lowest part of the seventh
plane .
Tapi kita tak nak iman kita pada peringkat paling bawah , bukan
..
Bila orang yang tidak bertudung ditanyakan kenapa tidak bertudung
, mungkin mereka kan menjawab
" alah , bukannya orang yang bertudung tu baik pun . lagi
teruk adalah ! "
But somehow kita kena faham . Kalau orang yang tidak bertudung tu
solat , pun belum cukup baik . Kalau orang yang bertudung tu tidak solat , pun
belum cukup baik juga . Kita sendiri pun boleh berfikir . Mana yang baik dan
mana yang buruk . Kenapa kita nak tengok orang yang bertudung dan tidak baik tu
? Lebih-lebih lagi dengan masyarakat yang menjadikan bertudung tu sebagai
fesyen sahaja .
Kita bukan hidup pada zaman dahulu . We're in 2012 . Nak masuk 2013
pun . Zaman dah berubah , dunia dah maju . From a very simple thing dah jadi a
quite important .
Kalau rasa belum sampai seru nak pakai tudung, jadi anda rasa bila
seruan tu akan tiba ? Dosa tak bertudung tu tak pernah PAUSE sementara anda
berfikir sama ada nak bertudung atau tak .
Tiada siapa yang menyatakan bahawa bertudung hanya perlu apabila
kita nak pergi jalan-jalan jauh daripada rumah sahaja . JADI BILA NAK SIDAI
BAJU KAT HALAMAN RUMAH TU TAK PAYAH PAKAI TUDUNG KE ??
So, rasanya senang tak nak jadi baik ikut skema Allah ? Susah ?
Yelah, kenalah bersusah payah sikit sebab syurga Allah kan mahal :)
So, rasanya senang tak nak jadi baik ikut skema Allah ? Susah ?
Yelah, kenalah bersusah payah sikit sebab syurga Allah kan mahal :)
Kita sama-sama nak jadi ahli syurga , jadi jomlah kita praktikkan
sikap ahli syurga .
Jom tarik saya untuk jadi baik juga, sebab saya banyak kurang di manamana.
Jom doa semoga kita samasama boleh jadi baik :)
Jom tarik saya untuk jadi baik juga, sebab saya banyak kurang di manamana.
Jom doa semoga kita samasama boleh jadi baik :)
Salam ukhuwah , wassalam :)
Comments
Post a Comment