Innalillah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada satu hari Selasa, dalam kelas bahasa Cina, seorang pengawas form 4 ketuk pintu,

" Laoshi, Cikgu Aini panggil Haziqah kat bilik HEM "

......

wei, gila cuakk !! ape pulak salah ziqah ni.. rasanye, takde..
eh, ziqah kan budak baik =.=

pastu ade la pulak yang cakap-cakap...

"ziqah, ko buat salah ape ni?? ko bawak hanphone yee.."

"ziqah, jangan citer pape kat cikgu tau ! "

~ ziqah gelak je la... minta izin laoshi nak keluar, pergi jumpa cikgu Aini...

Melangkah je masuk ke dalam bilik HEM tu, Cikgu Aini tengah berckp with someone dalam phone... ziqah nampak beberapa orang pengawas lelaki form4, Cikgu Patiah tengah bincang something kat situ.. ziqah teka ade skola lain nak datang la tuh.. pastu ada Cikgu Rohaziah sekali.. ziqah ingat nak cakap pasal folio geo kot..

Lepas cikgu habis call, cikgu tanya,

" nak jumpa siapa?"

ziqah pun blur.. eh, tadi bukan cikgu ke yg nk jumpa?

pastu cikgu Rohaziah pun cakap la..

" ni la Haziqah yang disuruh panggil tadi.."

" Oh ye, ni cikgu nak cakap sikit......... tadi ayah awak call.."

ziqah dah rasa lain..tolong jangan cakap ada orang meninggal !

" atuk andak awak meninggal..."

ziqah terkelu, pastu air mata turun..berjurai jurai.. cikgu suruh peluk cikgu.. ziqah peluk cikgu erat-erat.. ziqah cerita la pasal arwah atuk andak..

atuk andak ni abang nenek, adik beradik dia yang kelima, yang paling tua dan masih hidup..
dia tak kawin, sebab dia tabligh.. dia selalu stay kat rumah nenek masa cuti, dulu la..sebelum dia tinggal kat 'pondok' dengan nenek.. masa kecik-kecik dulu, kalau atuk ada kt rumah nenek, mama suruh belajar ngaji dengan dia.. setiap petang.. pastu dia ajar Asmaul Husna dengan maksudnya sekali.. kadang-kadang nenek ajak solat maghrib dengan atuk andak kat tingkat atas.. lepas solat atuk akan cerita pasal kisah nabi..

atuk pernah cerita kat ziqah pasal soalan nabi Yaakub kepada nabi Yusuf.. pastu atuk suruh ziqah jawab.. kalau tak silap, ada lima soalan.. ziqah dapat jawab kelima-lima soalan tu.. tapi ada la soalan yang dia bagi klu, baru boleh jawab.... pastu dia terangkan satu-satu.. dia cakap ziqah cerdik sebab dapat jawab soalan2 tu.. sebab, nabi Yaakub soal soalan2 tu kepada semua anak-anaknya, tapi cuma nabi Yusuf seorang sahaja yang dapat jawab semua betul..
Jadi, bila ziqah balik kampung n atuk pun ada kat kampung jugak, nenek selalu akan ajak ziqah solat sama-sama..

nenek pernah cakap, atuk selalu tanya, bila Haziqah nak balik.. dah lama tak jumpa Haziqah..

masa ziqah darjah enam, nenek dengan atuk buat umrah.. sebelum pergi, mama n ayah suruh minta atuk doakan kat depan kaabah.. atuk suruh tulis atas kertas.. yang ziqah ingat, ziqah tulis semoga ziqah dapat 5A UPSR n Mumtaz PSRA, semoga ziqah dapat jadi anak yang baik,........

nenek cerita, sampai kat depan kaabah tu, atuk terus ingat permintaan ziqah tu..

nenek juga pernah cakap, atuk selalu cakap, ziqah ni budak pintar..

.............................................................................................................................................................

lepas dapat berita tu, ziqah pergi depan asrama, nak call mama.. bila angkat je telefon tu, ziqah letak balik sebab air mata ziqah turun like a downpour.. non-stop ! ziqah tak tau nak berhenti macam mana.. ziqah call mama kejap, byak senyap daripada bercakap sebab dah tersedu-sedu.. Lepas call, ziqah lari pergi surau.. tengok cermin, muka, hidung dah merah sangat.. mata pun sembab.. pastu nangis lagi.. pastu ziqah basuh muka, nangis lagi !

tengok jam, ok dah habis masa rehat.. basuh muka, pastu pergi masuk kelas.. diorang senyap je.. tapi nampak muka ziqah camtu...

..........................................................................................................................................................

semalam boleh balik ke rumah.. Mama cakap pasal atuk andak meninggal.. mama cakap semua cucu nenek ada kecuali ziqah n adik ziqah, Hazmi.. ziqah sedih, sebab tak dapat balik.. ayah cakap tak payah balik.. nanti kalau ambil ziqah, selesai pengebumiannya..
air mata ziqah mengalir.. rupanya atuk dah seminggu jatuh bilik air..

mama cakap, alang ada cerita, atuk meninggal dalam zikir.. walaupun dalam sakit, dia masih bangun pagi, solat tahajjud.. dia merangkak pergi ambil wuduk..
zikir dia pun semakin kuat.. jadi alang tak tahu pun rupanya dia tengah bertarung dengan sakaratul maut.. tiba-tiba je, dia senyap...

lepas ziqah dengar mama cerita dalam kereta tu, air mata ziqah mengalir laju lagi..
pastu keaadan terus senyap..

dalam blog acik yus, ada cerita pasal ni jugak.. nak baca sila la klik..

betul cakap acik, siapa nak doakan dia..dia takde keluarga..
takpe, ziqah pun akan selalu doakan dia...

sedekahkan Al Fatihah kepada arwah atuk andak ziqah.. semoga dia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Al Fatihah..

salam ukhuwah~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sarjana Muda Muamalat Kepujian

Lailatul Qadar~

Permintaan seorang Haziqah