Lailatul Qadar~



Ini adalah perkongsian dari seorang kawan saya..

baca dan hayatilah:

Hadis keenam:

عن زِرّ بْن حُبَيْشٍ يَقُولُ: سَأَلْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقُلْتُ إِنَّ أَخَاكَ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ مَنْ يَقُمْ الْحَوْلَ يُصِبْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَالَ رَحِمَهُ اللَّهُ: أَرَادَ أَنْ لَا يَتَّكِلَ النَّاسُ. أَمَا إِنَّهُ قَدْ عَلِمَ أَنَّهَا فِي رَمَضَانَ وَأَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَأَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ، ثُمَّ حَلَفَ لَا يَسْتَثْنِي أَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ. فَقُلْتُ: بِأَيِّ شَيْءٍ تَقُولُ ذَلِكَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ؟ قَالَ: بِالْعَلَامَةِ أَوْ بِالْآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لَا شُعَاعَ لَهَا

Ertinya: Zir bin Hubaisy berkata, aku bertanyakan Ubai bin Kaab tentang kata-kata Ibn Mas’ud:

“Sesiapa yang bangun beribadat sepanjang tahun, maka dia akan mendapat lailatul qadar”. Lalu Ubai r.a. menjawab: Tujuan Ibn Mas’ud r.a. adalah supaya orang ramai tidak hanya bergantung pada tarikh tertentu dan meninggalkan ibadat. Sebenarnya beliau memang tahu bahawa ia hanya pada bulan ramadhan, dan ia hanya pada sepuluh malam yang terakhir dan ia adalah pada malam ke 27. Kemudian beliau (Ubai bin Kaab r.a.) bersumpah tanpa teragak-agak bahawa lailatul qadar adalah pada malam ke 27. Lalu aku (Zir bi Hubaisy) bertanya: Apakah sebab kamu berkata demikian wahai Abul Munzir (gelaran Ubai bin Kaab r.a.)? Beliau menjawab: Dengan alamat atau tanda yang mana Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kami bahawa (matahari) pada hari itu akan timbul tanpa sinaran cahaya. Hadis riwayat Muslim.

Dan yang menguatkan lagi ia adalah pada malam 27, perkataan ( هي ) yang bererti ia (kata ganti nama yang merujuk kepada lailatul qadar), pada surah al-Qadar adalah kalimah yang ke 27. Tambahan lagi, kalimah lailatul qadar ( ليلة القدر ) dalam bahasa arab adalah sembilan huruf. Dan ia pula disebut sebanyak tiga kali dalam surah tersebut. Maka jumlah keseluruhan huruf kalimah adalah 27. Namun tafsir ini hanyalah tafsir isyari sahaja, dan bukanlah asas tafsir yang ilmiah.
Kesimpulan yang boleh diucapkan tentang persoalan ini, ialah beramallah dengan bersungguh-sungguh pada 10 yang akhir, kerana kita meyakini kewujudannya, sekalipun tidak tahu tentang bilakah masanya. Apatah lagi ramai di kalangan ulamak yang menganggap masanya boleh berubah-ubah malamnya, sebagaimana pendapat Imam Malik, Sufyan al-Sauri, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahuyah dan lain-lain.

Perbanyakkanlah amal ibadah pada 10 hari yang terakhir ini. Dan inilah yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w. sebagaimana kata Aisyah r.a. (hadis riwayat Muslim). Ini kerana ilmu tentangya telah dipersempitkan, supaya kita semua menambahkan lagi ibadat kita bukan hanya tertentu pada satu malam sahaja, bahkan pada malam-malam yang berbilang-bilang.

Bahkan Rasulullah s.a.w. menganggap diangkatkan daripada baginda ilmu tentang lailatul qadar itu sebagai satu perkara yang baik untuk kita (Hadis Bukhari), kerana ia menambahkan lagi ibadah kita. Semoga kita semua mendapat bonus malam lailatul qadar yang sangat hebat, yang merupakan lebih baik daripada seribu bulan, yang menyamai 83 tahun 4 bulan..

semoga kita berjaya menemui malam Lailatul Qadar ini..

Comments

Popular posts from this blog

Sarjana Muda Muamalat Kepujian

Permintaan seorang Haziqah